SPOTSATU.COM- Kopi Saat ini sudah menjadi trendy,  Kalau dulu-dulu, hanya warga tua yang gemar meminum kopi tapi sekarang ianya sudah berubah. Dengan kehadiran kedai kopi yang hipster & modern, kopi kini menjadi pilihan kepada golongan muda even yang umur belasan tahun pun dah minat minum kopi.

Pernah dengar tak kopi ‘Black Ivory’? Jika anda tahu, kopi tersebut dinobat paling mahal didunia. Tapi jiak anda tahu Asalnya ini diproses menggunakan tahi gajah, sanggup ke anda untuk meminumnya.?


Kopi T*hi Gajah Paling Mahal Dunia RM200 Secawan


Kopi ‘Black Ivory’ ini terhasil daripada hasil pencernaan binatang yang terkenal di Thailand iaitu gajah. Ia mula diperkenalkan oleh Anantara, sebuah hotel di Thailand.

Disebabkan penghasilan pemprosesannya yang rumit membuatkan ia antara kopi yang dijual pada harga tinggi kira-kira AS $1,100 (RM4,840) untuk setiap kilogram. Untuk secangkir kopi tersebut Seharga AS $50 (RM220).

Kajian yang dilakukan mendapat enzim yang dihasilkan oleh tahi gajah mengandungi protein sekaligus menjadikan ianya biji kopi paling berkualiti dan disebabkan itu harganya sangat mahal.

Untuk memproses biji kopi tersebut, gajah-gajah perlu diberi makan 33 kilogram biji kopi untuk menghasilkan sekilo serbuk kopi.

Najis atau tahinya akan segera dikutip dan kopi di dalam tahi gajah tadi akan segera dibersihkan sebelum diproses menjadi serbuk kopi.

Sumber :theklasik.com
Previous Post Next Post